KELAHIRAN
SEMULA MAHARANI KETURUNAN TENTERA YANG BERHATI HITAM
Ditulis oleh Qian Shan Cha Ke
Diterjemah dalam Bahasa Inggeris oleh zazajunnie
Penafian: Novel ini tidak dimiliki oleh
saya. Saya cuma terjemah dari terjemahan Inggeris oleh zazajunie. Semua
karakter dan plot dimiliki oleh penulis, Qian Shan Cha Ke Terjemahan ini hanya
untuk mengisi masa lapang saya.
Bab 1: Melupuskan Sang Maharani
Semasa awal musim panas apabila masa
petang tiba, mesti akan ada hujan lebat yang datang tiba-tiba.
Langit nampak suram dan awan hitam
menggelapkan suasana Istana yang megah. Dewan istana yang pada suatu masa dulu
tersergam indah kini dilitupi dengan awan, bagaikan sangkar yang besar,
mengurung orang-orang di dalamnya dengan ketat.
Dalam bilik-bilik yang besar,
langsir-langsirnya nampak sangat using seperti ditutup dengan habuk yang tebal.
Cuaca pada awalnya panas tetapi di tempat ini, terasa agak sejuk di dalamnya.
Pakaian dan barang kemas terhambur merata-rata di atas lantai, menunjukkan
musibah telah berlaku.
Seorang wanita tengah separuh melutut di
lantai, memandang ke arah orang di hadapannya.
Wanita ini masih awal 30-an tetapi
wajahnya sudah seperti wanita tua. Ada dendam di sebalik keningnya dan matanya
nampak tidak bernyawa seperti kakunya air yang bertakung, tidak lagi mampu
mengalirkan air mata tetapi dipenuhi dengan kebencian yang tiada dalamnya.
“Tolong, tuanku.” Seorang sida yang
berdiri di sebelahnya memegang seikat sutera putih di tangannya dan nada
suaranya tidak menyembunyikan ketidaksabarannya, “Patik masih perlu buat
laporan kepada Paduka Baginda selesainya perkara ini.”
Mata Shen Miao beralih ke arah sida
tersebut, dia kekal senyap buat seketika sebelum mulai perlahan-lahan bercakap
dengan suara yang serak. “Xiao Li-zi, semasa beta menaikkan pangkat hamba,
hamba masih seekor anjing di sebelah Sida Gao.”
Sida itu mengangkat kepalanya sedikit,
tanda bongkak. “Tuanku, masa sekarang tidak sama dengan masa lalu.”
“Masa sekarang tidak sama dengan masa
lalu…” Shen Miao mengucap perlahan sebelum tiba-tiba mengangkat kepalanya untuk
ketawa, “Bagusnya kata-kata ini ‘masa sekarang tidak sama dengan masa lalu’!”
Hanya kerana satu ayat ini, ‘Masa
sekarang tidak sama dengan masa lalu’, semua orang suruhan dan orang istana
pada masa dulu akan tunduk hormat kepadanya dan membiarkan dia mengarah mereka
sesuka hati. Hanya kerana ayat ini ‘Masa sekarang tidak sama dengan masa lalu,
dia berakhir dengan tiga Chi (1 chi = 1/3 meter) sutera putih untuk mengakhiri
hidupnya. Apa jenis masa lalu adalah masa lalu dan bila masa sekarang menjadi
masa sekarang? Adakah ia bermula apabila Puan Mei masuk ke istana, bermula dari
Putera Mahkota dilupuskan atau bermula apabila Puteri Wan Ya mati secara tragis
semasa perjalanan panjangnya untuk Pakatan perkahwinan? Atau ia bermula apabila
dia kembali ke istana selepas menjadi tebusan Qin lima tahun lalu?
Dari ‘masa lalu’ ke ‘masa sekarang’,
dari seorang Maharani kepada Maharani yang dilupuskan, ia semuanya kerana satu
perkataan dari Fu Xiu Yi! Seluruh mahkamah pegawai-pegawai di negara ini
menukar posisi mereka dan menukar hitam ke putih! Bagusnya ayat ‘Masa sekarang
tidak sama dengan masa lalu’!
Pintu kepada dewan itu terbuka dan
sepasang kasut yang disulam dengan sepasang naga berhenti di depan Shen Miao.
Mendongak ke atas, matanya bertemu dengan jubah kuning yang terang.
“Memandangkan adinda telah mengikuti
beta selama dua puluh tahun, beta kurniakan dinda dengan mayat yang lengkap
tubuhbadannya. Berterima kasihlah ke atas kebaikan ini.” Sang Maharaja
bertitah.
Shen Miao perlahan-lahan mengangkat
kepalanya dan melihat ke arah lelaki yang berdiri tinggi dan tegak di
hadapannya. Masa tidak meninggalkan sebarang tanda ke atas wajah lelaki ini,
dia masih kacak sama seperti dia dari awalnya. Dialah Seri Paduka Maharaja
berdaulat yang bijaksana dan wajarnya Anak Syurga. Dia lah lelaki yang dia
dengan bodohnya terjatuh hati selama dua puluh tahun dan suami yang dia bantu
dalam sebarang masalah bertahun-tahun lamanya. Dan sekarang dia berkata kepada
nya. “Beta kurniakan dinda dengan mayat yang lengkap tubuhbadannya. Berterima
kasih ke atas kebaikan ini.”!
“Kenapa?” Shen Miao bertanya dengan hati
yang berat.
Lelaki itu tidak menjawabnya.
“Kenapa perlu hapuskan keseluruhan
keluarga Shen?” tanya Shen Miao lagi.
Putera Ding, Fu Xiu Yi, merupakan salah
seorang dari sembilan anak lelaki diraja dari Mendiang Maharaja. Setiap dari
sembilan anak lelaki ini mempunyai kebolehan mereka masing-masing tetapi Putera
Mahkota pertama sakit tenat dan Maharaja pada waktu itu tidak sanggup menggubah
gelaran Putera Mahkota, oleh itu semua putera-putera yang tinggal mengambil
kesempatan ke atas kegawatan negara pada masa itu. Shen Miao telah jatuh hati
kepada kebolehan tiada tandingan Putera Ding dan tidak kira apapun pujuk rayu
dari keluarganya, dia akhirnya mendapat apa yang dia inginkan tetapi pada masa
yang sama dia juga mengikat ketat hubungan seluruh keluarga Shen dengan Putera
Ding.
Disebabkan itu juga, dia membaktikan
dirinya untuk membantu Putera Ding, berubah dari anak perempuan manja yang
tidak tahu apa-apa kepada Isteri Putera yang boleh melibatkan diri di Mahkamah
Diraja, buat perancangan, memberikan nasihat dan juga menstabilkan negara. Pada
hari Fu Xiu Yi naik takhtra, dia menjadikannya Maharani, ibu kepada seluruh
dunia.
Waktu tu, Shen Miao fikir dialah
Maharani terhebat. Apabila pemberontakan putera-putera lain dapat dipadamkan,
Xiao Nu datang menyerang, menyebabkan negara-negara jiran dalam risiko. Demi
meminjam pasukan tentera, Shen Miao dengan sukarelanya pergi ke negara Qin sebagai tebusan, bila
tiba masa dia berangkat pergi, anak-anaknya masih belum cukup umur sebulan.
Tetapi Fu Xiu Yi bertitah, “Beta akan mengambil awak semula, dengan tangan beta
sendiri.”
Lima tahun kemudian, dia akhirnya dapat kembali
ke Ming Qi tetapi ada tambahan baru di Istana Dalaman, Puan Mei yang cantik dan
berbakat tinggi.
Puan Mei ialah anak pegawai yang Fu Xiu
Yi telah temui dalam perjalanannya ke Timur. Dia suka akan kepintaran dan kepekaan
Puan Mei dan terus membawanya balik ke Istana. Puan Mei kemudiannya melahirkan
Putera Fu Chen yang lebih disayangi oleh Maharaja. Sebaliknya, anak lelaki Shen
Miao, Putera Mahkota Fu Ming, langsung tidak disukai.
Fu Xiu Yi pernah berkata, di hadapan
seluruh Mahkamah Diraja, “Sifat Fu Ming adalah terlalu lembut, Fu Cheng lebih
menyerupai beta.” Kata-katanya itu sangat jelas menunjukkan niatnya untuk
menukar gelaran Putera Mahkota.
Kehadiran Puan Mei menakutkan Shen Miao,
mereka bertelingkah di istana selama sepuluh tahun. Puan Mei berkali-kali dapat
mengatasinya sehingga dia boleh menggesa Fu Xiu Yi untuk mengahwinkan anak
perempuan Shen Miao, Puteri Wan Yu, ke Xiong Nu atas alasan Pakatan
Perkahwinan. Xiong Nu pula sangat agresif dan Puteri Wan Yu segera dibakar
selepas kematiannya dari penyakit semasa dalam perjalanan menuju
perkahwinannya. Semua orang tahu perkara ini aneh tetapi sebagai seorang ibu,
Shen Miao tiada jalan lain.
Akhirnya, dia sampai di sini.
Satu titah diraja Fu Xiu Yi yang
menyatakan “Keluarga Shen telah memberontak, Putera Mahkota dihapuskan dan dia
telah membunuh diri untuk menebus kesalahan-kesalahannya.” Shen Miao sebagai
Maharani juga akan dilupuskan dan tiga Chi (1 Chi =1/3 meter) sutera putih akan
diberikan.
Shen Miao hanya ingin bertanya satu
soalan, “Kenapa?”
Dia beralasan, “Fu Xiu Yi, adakah awak
tidak punya hati? Saya dan awak telah menjadi suami isteri lebih dari 20 tahun
dan saya tidak pernah buat apa-apa yang mengecewakan awak. Apabila awak naik
takhtra, keluarga Shen saya yang telah membantu awak. Apabila awak turun
berperang dan Xiong Nu datang menjajah, saya yang bantu awak tulis surat
penyerahan diri. Apabila awak ingin menarik pegawai-pegawai berpangkat tinggi
ke pihak awak, saya yang melutut merayu kepada mereka untuk menolong awak. Saya
pergi ke negara Qin sebagai tebusan dan telah mengalami keseksaan dan kepahitan
dan bagaimana awak membalas budi saya? Apabila Puan Mei mencadangkan
perkahwinan untuk Wan Yu, awak sendiri yang menyediakan Titah Diraja. Wan Yu
hanya berumur 16 tahun ketika dia mati. Seluruh Mahkamah Diraja tahu yang awak
lebih suka Fu Cheng sambil mengabaikan Fu Ming dan sekarang awak telah
menghapuskan seluruh keturunan saya. Sekarang, kematian telah dekat, saya akan
tanya awak satu soalan. Kenapa?”
“Shen Miao.” Fu Xiu Yi mengerutkan
dahinya tetapi tiada satu pun perubahan lain di wajahnya, seperti sebuah
patung. “Apabila Paduka Ayahanda masih hidup, baginda sudah mula berkeinginan
untuk menghapuskan beberapa keluarga besar. Keluarga Shen memiliki pencapaian
yang melebihi tuannya, jadi mereka tidak akan kekal hidup lama. Beta yang
memujuk Paduka Ayahanda. Beta telah biarkan Keluarga Shen hidup lebih dari 20
tahun, ini sudah anugerah terbesar yang beta berikan kepada Keluarga Shen!”
Anugerah terbesar yang beta berikan
kepada Keluarga Shen! Seluruh tubuh Shen Miao bergegar. Kebelakangan ni, dia
telah menangis terlalu banyak sehingga tiada lagi air mati yang mampu dia
titiskan. Dia menghadapt Fu Xiu Yi dan berkata perlahan-lahan, “Kenapa simpan
Keluarga Shen? Ia bukannya atas kebaikan awak dan bukannya juga sebab anugerah
yang awak berikan. Awak hanya nak gunakan kuasa ketenteraan keluarga Shen untuk
bertarung dengan saudara-saudara Di (anak kandung dari isteri
pertama) awak. Selepas Arnab licik mati, anjing pula yang direbus.
Sekarang negara sudah aman, awak bakar jambatan selepas menyeberang sungai. Fu
Xiu Yi, awak betul-betul tiada hati perut!”
“Shen Miao!” Fu Xiu Yi menjerit
marah,seperti kucing yang dipijak ekornya. Dia dengan dinginnya mengejek, “Awak
buat yang terbaiklah.” Selepas bercakap, dia terus berjalan keluar.
Shen Miao membongkok ke lantai,
mengenggam kuat tangannya. Inilah lelaki yang telah dia cintai seumur hidupnya.
Dia berusaha mendapatkan kasih saying lelaki ini daripada Puan Mei dan baru
sekarang dia tahu, usahanya hanya sia-sia. Hati lelaki ini tidak pernah ada
dia! Semua kata-kata cinta yang dia ucapkan hanyalah sekadar permainan yang
mengelikan hati, hanya satu lawak besar!
Kerana kemarahan ini, dia terus
memuntahkan darah.
“Kakanda, apa ni? Kanda nampak teruk,” Suara
manis berbunyi.
Wanita itu memakai jubah kuning muda dengan
bunga raya dijahit di hadapannya, membalut pinggang ramping seperti pokok
Willow, seperti pari-pari turun dari Syurga. Setiap gerak gerinya sangat anggun
dan mengharukan apabila dia datang mendekat.
Inilah Puan Mei, yang telah menang
mengatasi Shen Miao seumur hidupnya di Istana.
Di belakang Puan Mei, berdiri dua orang wanita
berpakaian jubah diraja. Shen Miao terkejut seketika, “Shen Qing, Shen Yue!”
Dua orang wanita ini adalah dari Rumah
Kedua dan Rumah Ketiga, anak perempuan dari Bapa Saudara Kedua dan Bapa Saudara
Ketiga, kakak-kakak Tang (sepupu) nya. Kenapa mereka ada di Istana?
“Seri Paduka Baginda Maharaja telah
mempersilakan kami ke Istana.” Shen Yue menutup mulutnya sambil tersenyum.
“Adik Kelima tidak perlu terkejut. Sebelum ni, Adik Kelima telah bantu kami
untuk mencari jodoh, tetapi itu semua tidak perlu lagi. Baginda Maharaja layan
kami sangat baik.”
“Awak…,” Hati Shen Miao bergoyang
seperti laut dan sungai yang diserang ribut, sepantas kilat, dia terus faham
akan sesuatu yang dia tidak pernah fikirkan sebelum ini. Suaranya seakan tidak
percaya apabila dia berkata. “Awak. Awak berdua melambatkan perkahwinan kamu
hanya untuk hari ini?”
“Memang begitulah rancangannya.” Shen
Qing maju ke hadapan, “Pada mulanya, Paduka Baginda telah mencapai persetujuan
dengan ayah dan Bapa Saudara Ketiga. Selagi mereka boleh buatkan awak kahwin
dengan Paduka Baginda, kami berdua, akan ada tempat di sisi baginda.”
Pada mulanya, apabila Shen Miao dapat
mengahwini Fu Xiu Yi, Rumah Kedua dan Ketiga telah menyumbang banyak usaha.
Memikirkan kembali, apabila dia mula jatuh hati dengan Fu Xiu Yu, Ibu Saudara
Kedua dan Ketiga la yang berkali-kali menyebut yang Putera Ding ialah seorang
pemuda yang berbakat tinggi yang membuatkan perasaannya bercambah. Jadi ini
semua adalah persetujuan yang dirancang dari awal lagi? Jadi ini semua atas
jasa Rumah Kedua dan Ketiga yang menyembunyikan hati jahat mereka dan hanya
menunggu semuanya berlaku hari ini?
Shen Qing takut yang Shen Miao tidak
faham dan menyambung, “Paduka Baginda sangat berkebolehan dan kacak, kami
berdua sudah lama mengaguminya. Malangnya, hanya Bapa Saudara Pertama yang ada
kuasa di tangannya dan boleh bantu Adik Kelima naik dahulu. Adik Kelima telah
hidup senang berapa tahun lamanya, masa kami sudah tiba.”
“Shen Qing!” Shen Miao tiba-tiba duduk
tegak dan menyuarakan, “Paduka Baginda telah menangkap seluruh Keluarga Shen
tetapi biarkan kamu berdua masuk ke Istana. Bagaimana Rumah Kedua dan Ketiga
boleh selamat?”
“Mestilah keluarga kami selamat.” Shen
Yue menutup mulutnya sambil ketawa, “Kerana kami telah memberi sumbangan besar.
Bukti pemberontakan Bapa Saudara Sulung diberikan oleh keluarga kami, bagi
menunjukkan kami utamakan kebenaran sebelum keluarga. Adik Kelima, sebagai
ganjarannya, Paduka Baginda telah mengurniakan gelaran pangkat tinggi kepada
dua rumah kami.”
Shen Miao melihat terkejut ke arah dua
kakak Tang nya berkata, “Apakah awak semua sudah gila? Bila sarang
burung terbalik, masih adakah telur yang tertinggal? Keluarga Shen adalah
satu keluarga yang besar, Fu Xiu Yi hendak menghapuskan keluarga Shen tetapi
kamu semua sanggup memerangkap ahli keluarga awak sendiri…,”
“Ahli keluarga? Adik Kelima, kami tidak mengaku
Rumah Pertama sebagai keluarga kami.” Shen Qing ketawa dingin, “Lagi pula, awak
telah mendapat kenikmatan yang terlalu banyak. Sekarang Putera Mahkota telah
mati, Puteri pula telah tiada dan keluarga Shen dihapuskan, awak pun pergilah
lebih awal ke neraka dan bersatu kembali la dengan mereka.”
Puan Mei senang lenangnya maju ke depan
dan senyum gembira, “Kakanda, negara telah stabil, kanda bersaralah.”
Akhirnya, selepas bertarung selama
sepuluh tahun, Shen Miao kalah terlalu tragis, dan hidupnya sekarang menjadi
tunggang langgang. Kalah sehingga seluruh keluarganya binasa dan dia perlu
meratapi kematian anak-anaknya. Kalah sehingga dia menjadi bahan ketawa kepada
dunia!
Anak perempuannya mati terseksa, Putera
Mahkota dilupuskan, Keluarga Shen mengorbankan diri mereka untuk negara, tiada
satu pun antara mereka yang cukup bertuah untuk melepaskan diri. Dalam satu
dinasti, semuanya menjadi terbalik!
Shen Miao berkata, sakit hati. “Apapun,
beta masih akan mati sebagai seorang diraja, seorang Maharani!”
“Sida Chen, mulakan sekarang.” Mei Furen
memberi arahan.
Sida gemuk itu segera melangkah ke
hadapan dan menggunakan satu tangan untuk memegang kuat leher Shen Miao sambil
tangannya satu lagi membalut sutera putih di sekeliling lehernya. Dengan satu
tarikan kuat, sutera putih itu membuat bunyi garing apabila tulang tengkuk
menembusi daging.
Wanita itu berhenti bergelut di atas
lantai, merenung ke depan dengan mata terbeliak besar, meletakkan ikrar beracun
di dalam hatinya.
Anak lelakinya, anak perempuannya, ibu
bapanya, abangnya, kakaknya, orang suruhannya. Semua dalam keluarga Shen nya
telah disakiti.
Fu Xiu Yi, Puan Mei, Shen Qing, Shen
Yue, semua orang yang telah menyakiti dia dan orang-orang tersayangnya,
sekiranya ada hidup selepas mati, hutang darah akan dibayar dengan darah!
Sudah tiba masanya untuk berkabung sebab
antara kau dan aku semuanya akan mati!
